Tuesday, December 28, 2010

Ketekenamanan.

Okay sekarang aku masih bingung apa dah jadi dengan aku. Aku tiba tiba terasa tekanan dalam diri aku. Aku tak tahu mengapa. Penghitungan hari ke 2011 makin lama makin sedikit angkanya. Mungkin aku terasa cemburu dengan seseorang yang tak patut? Rasa marah terhadap seseorang yang cuba merampas cinta saya? Mungkin itu juga. Mungkin aku tekanan bahawa tahun depan aku akan menduduki peperiksaan penting dan juga kurangkan bermain? Mungkin aku tidak mampu melayani seseorang dgn baik yng mencintai aku? Oh tidak. Masa berdetik. Jarum panjang di jam laju bergerak. Aku keliru dengan segala-galanya. Perlukah aku memikirkan semua ini? Perlu. Ya Allah. Pejam celik pejam celik, aku sudah besar. Teringat zaman kecil kecil dahulu.. Bahagia sungguh saat saat itu kerana aku bisa melakukan semuanya dengan seronoknya. Betapa nakalnya aku. Aku pening. Sekali lagi. Mengapa aku tekanan? Mengapa? Peperiksaan Menengah Rendah? Aku t-t-t-akut. Di saat aku dapat keputusan ku, pasti ramai yng akan tanya. Aku pasti malu untuk menjawab pertanyaan yng menakutkan itu jika keputusan ku teruk. Ibu bapa & ahli keluarga ku pasti sedih. Yeah, aku akan membuat mereka bangga. Ya Allah, bantu lah aku menguatkan semangat ku ini. Ampuni lah segala dosa dosa yng telah aku lakukan. Aku tahu aku salah. Aku telah membuat satu kesalahan yng besar. Aku mohon ampun. Semoga 2011 tahun yng baik & bertuah untuk aku dan rakan rakan sekalian.

No comments:

Post a Comment

Wohooo